www.amc.xs3.com

ANGGERIK MOTOR CLUB [AMC]
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA.

last up date: 30 September, 2001

webmaster@amc.xs3.com

Sejarah AMC

May 1995 - Sebelum wujud nama Anggerik Motor Club (AMC), kumpulan ini dikenali dengan nama kumpulan Gagak Hitam. ekekekeke. Acah je, ok nama dia sebelum tu "Team Garfield" mengambil sempena sifat kucing yang mengunakan kukunya bila perlu sahaja (gaduh la tu), Tapi semasa nak bubuh nama team nie, aku suggest nama Anggerik Motor Club, tapi kena reject, dia orang cakap tu nama cintan.. hawau betul dan nama team garfield mendapat undian tertinggi. So pakai le logo kucing jahat tu dekat 2 tahun lebih. Kalau tak silap aku 1997(sebab time tu aku dah slow habis, semua member baru banyak join) aku pun turun port kat tasik Shah Alam (tempat tu dah tak de lagi waaaaaa) sekali aku tengok dia orang baru je semingu tukar nama, lagi pun dia punya chief pun dah tukar orang lain (Azam Otai) sebelum tu chief dia Rosli NDK (ACS 300) dan aku assitance dia (kira aku nie pengasas le) sebab nama dah tukar logo pun kena buat lain, jenuh la kepala hotak aku dok cari idea, dok hadap komputer, alih alih dapat le logo tah ape ape yang digunakan sampai ari nie (aku lagi...dengan nada eksen). Logo dia tu kat atas sebelah kiri, merah kuning tu senang cerita Selangor le, walaupun aku asal dari Kuala kangsar Perak, yang lelain tu takde bermaksud apa apa, lagi satu kalau perhatikan logo AMC ada sama bentuk dengan Logo Parti Keadilan, ok logo aku aku buat pada 1997 so masa tu keadilan belum wujud, jadi aku tak ciplak logo tu dari Keadilan atau mana mana logo 100% aku buat sendiri.

OK korang mesti nak tau macam mana AMC wujudkan, sebenarnya aku sendiri tak sangka AMC akan wujud, cerita dia macam nie, May 1995 masa nie aku dok rumah bujang kat Sek 19, Shah Alam, dalam rumah aku ade sorang lagi member aku (Amran) pakai TZM, adik dia ade kerja kat restoran belakang shell sek 17 dan kenal dengan Enal jugak pakai TZM. Tak silap aku dari Enal lah Amran dapat information ada satu kedai (Maju Motor) nak buat konvoi TZM pergi Trek Batu 3, Shah Alam, masa tu TZM baru lagi keluar so kira sapa pakai tu mesti best sebab ramai orang jeling-jeling. Tambah pulak ada konvoi (seumur hidup aku yang tak pernah berkonvoi) . Sebenarnya Konvoi TZM nie Yamaha yang buat, ,Maju Motor hanya agen kutip orang je, bersempena perlumbaan "Best of .. apekebenda aku dah lupa la. Schedule dia habis pukul 1.00 tghari, lepas habis gi ulu yam balik lepak kat tasik........

Semasa kat sinilah ada cadangan dari member yang lain agar diadakan perjumpaan setiap minggu di sini. Hari Ahad jam 6.00 petang telah dipilih sebagai waktu perjumpaan dan hari ini waktu tersebut kekal sehingga hari ini cuma time sahaja melonjak sedikit ke 6.30 petang. Setelah wujud perjumpaan demi perjumpaan maka organisasi telah diwujudkan, Saudara Rosli ACS 300 dipilih sebagai ketua dan aku sebgai pembantu beliau. Dibawah kepimpinan beliau aku rasa banyak aktivivty konvoi telah diadakan antaranya ke Lumut Perak (konvoi pertama) dan Johor. Aktivi minguan juga kerap diadakan antaranya Negeri Sembilan dan Ulu Yam.

1997 setelah 2 tahun Rosli memimpin Garfield (AMC) rombakan kabinet telah dibuat bagi memberi muka baru menerajui AMC, memandangkan ahli lama semakin ramai yang menarik diri dan ahli baru pula semakin  ramai Suadara Azam dipilih untuk memimpin Garfield dan pada waktu inilah Garfield telah ditukar nama ke AMC. Aktivity konvoi terbesar pada waktu itu adalah Konvoi ke Kedah – Penang, yang mana kali pertama AMC mengalami kemalangan teruk semasa berkonvoi di Jawi , Pulau Pinang, semasa dalam perjalanan pulang (10.00 pagi). Akibat sikap terburu – buru ahli mengakibatkan salah seorang peserta telah terlanggar belakang sebuah kereta yang baru berhenti di tepi lebuhraya. Peserta tersebut telah terseret kebawah divider dan megalami kecederaan dibahagian kepala akibat dari helmet beliau yang telah pecah. Beliau telah dibawa ke hospital Sungai Bakap. Semua ahli tidak dibenarkan balik ke Kuala Lumpur, semua dikehendaki menyelesaikan masalah tersebut pada hari itu juga. Ahli yang kemalangan tadi telah ditahan oleh pihak hospital, tetapi beliau tetap mahu keluar pada hari itu juga, setelah pemeriksaan selesai, satu surat rujukan dikeluarkan oleh pihak hospital untuk rujukan pihak hospital yang lain kami semua betolak ke Balai Polis Seberang Prai pada jam 4.00 petang untuk membuat laporan bagi tuntutan insurance dan membeli tiket bas, mujurlah kedai motor yang membuat kerja tuntutan insurance tersebuat sanggup menghantar kestesen bas dan mendapatkan tiketnya sekali. Maka baliklah peserta tadi ditemani bersama seorang peserta lain yang sebelum ini menumpang kawannya dengan menaiki bas. Jam 6.00 petang barulah selesai semua masalah tersebut sedangkan mengikut jadual asal kami sepatut berada di Shah Alam tetapi masih berada di Pulau Pinang. Sengaja aku selitkan cerita ini sebagai tauladan untuk anda semua.

1999 - Dalam era IT AMC tidak terkecuali dari perkara itu, Laman Web AMC diwujukan. Aku yang baru membeli komputer pada 1998, tanpa pengetahuan khusus telah mebuka laman web AMC, pada ketika itu masih belum ramai rakyat Malaysia yang mempunyai komputer sendiri, jadi sambutan terhadap laman web AMC agak perlahan, pada awal 2000 barulah laman web ini diketahui ramai dan agak medapat sambutan. Sejarah terukir bagi laman web ini pada 2001 apabila Surat Khabar Utusan Malaysia, menyiarkan  satu tajuk “Internet dan permotoran tak dapat dipisahkan” dan lawan web AMC dipilih untuk disiarkan. Sesuatu yang mencemaskan terjadi kat aku semasa web site AMC masuk paper nie. Sebenarnya aku mendapat information nie dari rakan sekerja dengan cerita “ gambar motor aku masuk paper” aku yang ketika itu terdapat kes kemalangan yang belum selesai terkejut, sebab aku ingat polis cari aku…. Lega hati aku bila tau cerita sebenarnya…. Hahahaaha. Melalui laman web ini lah aku mengenali Ayie Elchanos, Zulbaha, Sham Dunia Motor, Steven chua, Norrick temasuk juga kenalan dari Indonesia dan Singapura.

Dari aku bujang sampai aku ke anak satu, aku masih bersama AMC, walaupun ahli bertukar ganti, namun terdapat juga pengasas AMC yang masih bersama membantu seperti saudara Rostam, Enal (dah kawin dengan geng AMC jugak) dan Mr Goh dari Maju Motor yang masih tak jemu dengan AMC. Pahit maung bersama AMC akan menjadi nostalgia hidupku. Ramai ahli AMC yang telah berumah tangga dah telah menjual TZM meraka. Ada yang hilang tanpa dapat dikesan dah ada 2 ahli AMC yang telah kembali kerahmatullah antaranya saudara usop virago (Alfatihah untuk mereka).

Salam dari aku yang tak pandai mengarang, sekiranya terdapat kesalahan ayat disini mintak maap je le memang aku tak reti nak mengarang.

 Hisham – Webmaster (Jeram, Selangor - 22 Sept 2001)
kalau ada spelling error tu biasakla , aku kan reti sangat ayat mengayat nie..